Tuesday, July 23, 2013

Berubahlah!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


http://www.youwall.com/index.php?ver=Mjg2Nw==


Izzah nekad. Kali ni dia mahu melakukan satu anjakan paradigma dalam dirinya. Dia mahu jadi berani. Dia mahu bercakap di depan orang ramai. Ya, itulah impiannya. Mahu jadi pakar motivasi katanya. Jadi, langkah pertama mesti berani. Chaiyok2 izzah!

Dengan penuh semangat Izzah meneruskan langkahnya menuju ke kelas 5 Khalid. Walaupun kelas tu agak jauh dengan kelasnya, dia tetap bersemangat. Perasaannya membuak-buak. Malam tadi sudah puas dia berlatih di depan cermin. Pasti boleh!

"Izzah!"

Dari jauh kelihatan sahabatnya Anis melambai-lambai. Anis mempercepatkan langkahnya. Mereka bertemu.

"Weh, kau nak pegi uji bakat syarahan tu ke?" sapa Anis.

"Ha'ah, aku nak try je la. Mana tahu ada rezeki. Hehe.." sengih Izzah.

"Owh, ok. Goodluck lah. Aku nak masuk tapi tak berani la pulak. Lagi pun kak Aisyah yang jadi wakil sekolah kita tahun lepas pun ada. Aku confirm mesti dia yang dapat. " beritahu Anis.

"Owh, ye ke.." jawab Izzah.

"Aku pergi dulu ye. Lapar ni." kata Anis sebelum meninggalkan Izzah.

Berita yang disampaikan Anis sedikit sebanyak mengendurkan semangatnya. Siapa yang tidak kenal kak Aisyah. Wakil negeri ke peringkat kebangsaan 3 kali berturut-turut. Kehebatannya dalam bidang pengucapan awam tak dapat disangkal lagi.

Tanggapan Izzah yang tahun ni mesti kak Aisyah nak fokus SPM jadi cikgu akan ambil bakat2 baru nampaknya salah. Izzah mengalah. Mungkin belum rezekinya. Dia terus berpaling. Langkahnya menuju ke kelas 3 Bilal.

*******************************************************************************

Perubahan

Dunia kini pantas berlari
Saat kau diam pasti ditinggalkan
Maka jangan undur
Kau juga harus begitu
Berubahlah!

Dunia kini penuh realiti
Saat kau bermimpi pasti lena
Mulakan satu langkahmu
Kau harus berani
Berubahlah!

Yakin pada dirimu
Berubahlah!




Saturday, July 6, 2013

Aku ingin matahari


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

http://download-image.blogspot.com/2013/03/gambar-matahari-terbit.html

 Aku ingin matahari




Di saat aku terjatuh
Ke lembah kegelapan
Yang asyik  namun mendebarkan                                                                                                   
Peritnya aku bersendirian 
Mencari-cari sinar kebahagiaan

Tika aku diuji
Dengan mehnah dan tribulasi
Aku lemah dan lelah
Lantas aku dilambung 
Dengan arus kepalsuan
Yang menjadikan aku
Insan tiada pedoman

Namun
Aku tidak mahu terus hanyut 
Aku tidak mahu sering alpa
Aku tidak mahu kerap bersalah
Lantas aku ingin matahari
Matahari  yang sinarnya
Bakal menyuluh jalan kebenaran
Bakal menjadi penerang malam
Bakal menemani ranjau ini
Untuk membawaku keluar
Dari daerah kelam ini